Author Topic: Penemuan Rizab Minyak Di Pahang!  (Read 2678 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline mrfeelgood

  • ADMINISTRATOR
  • Founder
  • *********
  • Posts: 9,720
  • Cookie Points +1/-0
  • Gender: Male
  • ITS NOT HOW YOU DRIVE, ITS HOW YOU ARRIVE!!!
    • KakiGolf
  • Club: Kelab KakiGolf
  • Handicap: 17
Penemuan Rizab Minyak Di Pahang!
« on: October 30, 2012, 05:01:32 PM »


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, yang terletak di Blok PM 307.

Beliau berkata, medan minyak yang terletak kira-kira 160km di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

"Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu, dan ia merupakan kejayaan besar.

"Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial, pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga tahun 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari," kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) di pejabat Perdana Menteri nya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Dengan penambahan rizab ini, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isi padu asal keseluruhan 64 juta tong.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, negeri Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

Beliau berkata, penemuan ini membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Lembangan Penyu.

“Oleh itu, medan minyak tersebut adalah terletak di kawasan pelantar benua iaitu melepas tiga batu, dan terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan. “Ini dasar kita untuk mengagihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang," katanya.

Petronas Carigali, anak syarikat Petronas dan Lundin Oil merupakan usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran.

Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Eksplorasi dan Pengeluaran, Pengurusan Petroleum Petronas Nasional Bhd, Ramlan A Malek berkata kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial dijangka siap pada suku kedua tahun depan.

Kerja-kerja cari gali akan dilaksanakan oleh operator blok, Lundin Oil, katanya. - Bernama

Offline RAMOS

  • Verified Member
  • Jr. Member
  • ****
  • Posts: 99
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • yang susah akan senang....kuatkan mindset..
  • Club: Kelab Golf Maktab Tentera Diraja Sg Besi
  • Handicap: 22
Re: Penemuan Rizab Minyak Di Pahang!
« Reply #1 on: October 31, 2012, 08:54:20 AM »
minyak di kelantan cuma 40km jer...tapi kesian kerajaan negeri tak dapat apa2..

Offline zulm

  • Verified Member
  • Hero Member
  • ****
  • Posts: 472
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • Club: None
  • Handicap: 20
Re: Penemuan Rizab Minyak Di Pahang!
« Reply #2 on: October 31, 2012, 04:18:02 PM »
minyak di kelantan cuma 40km jer...tapi kesian kerajaan negeri tak dapat apa2..
Bro, kalu ikut logik, rizab minyak dah makin hampir dgn darat maknanya rizab minyak makin mengecil/kurang. Biasanya Petronas mula2 akn sedut minyak hampir2 dgn zon sempadan antarabangsa.. hingga ke pantai (kalu ada lah)..
Jadi, lepas nie.. rege minyak akan naik semula bila production main kurang...
Driver: r7 CGB Max,
Wood 5: r7 CGB Max,
Iron: xx10
Wedges: Vokey 48', 54', 56'
Putter: Odyssey Black Series #2

Offline shaiful

  • Clubs..
  • Verified Member
  • Hero Member
  • ****
  • Posts: 620
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • TeeOff with PaSSioN.....Give Life Your Best Swing
  • Club: RKKC
  • Handicap: 24
Re: Penemuan Rizab Minyak Di Pahang!
« Reply #3 on: November 01, 2012, 11:43:55 AM »
minyak di kelantan cuma 40km jer...tapi kesian kerajaan negeri tak dapat apa2..
Bro, kalu ikut logik, rizab minyak dah makin hampir dgn darat maknanya rizab minyak makin mengecil/kurang. Biasanya Petronas mula2 akn sedut minyak hampir2 dgn zon sempadan antarabangsa.. hingga ke pantai (kalu ada lah)..
Jadi, lepas nie.. rege minyak akan naik semula bila production main kurang...
Alamak kune tukor kete lembu la gayenye... ;D ;D ;D
Kayu Kayan & Besi-besian