
Salam buat semua warga KakiGolf!
Dah lama dah kita tak ber”G2G” ya? … Ramai dah bertanya.
Kalau dulu ... G2G kita ni kita buat sebulan skali dan kat merata tempat plak tu, tp skrg ni kalau nak dpt buat 3 kali setahun pun blom tentu … Walhal kalau kita lihat balik smula, sebenarnya G2G kita nilah yg merupakan detik permulaan ujudnya muhabbah dikalangan ahli KakiGolf.
Perantaran G2G kita nilah telah terjalin persahabatan dan ukhwah di antara kita. Kalau dulunya belum kenal, maka sekarang ni bkn saja kenal ... malah ada yg sampai menjadi sahabat akrab. Kalau tak kerana G2G mana mungkin org seperti saya ni dpt berkenalan dgn personaliti2 seperti Pak Ngah, Egonsari, Rizlan.mp, Daddy Joe, Syaiful COO, Abg Bongsu, ProIrwan, Five, JK, Zoez, MrPyan, Abg Sahar, Tuan MohD dan lain lagi?
Utk makluman saudara2 kita yg baru saja berkenalan dgn dunia KakiGolf, G2G adalah singkatan (kalau omputih kata “acronym”) utk “Golf Get Together”. G2G KakiGolf kali pertama skali kitaorg buat pada bulan Januari tahun 2009, itu pun 2 flights jer yg join!
G2G kita berlainan dgn tournament golf yg lain. G2G takde hadiah dan takde lucky draw pun … Kalau ada goodies pun, setakat Tshirt jer .... Malah setiap peserta yg hadir G2G digalakkan utk membawa hadiah utk ditukar sesama sendiri … Maka dgn sendirinya dan secara otomatis “boya, naga dan sewaktu dgnnya” mmg tak berminat utk joint dan yg akan menyertai G2G hanya tinggal mereka2 yg bermain semata2 “for the love of the game” and “for the enjoyment of each others company”.
Jadi apa kata kita start balik smula G2G kita ni pada 17hb. September ni di Danau.
Jom join G2G ... Yg baru boleh berkenalan dgn yg lama, yg lama tak berjumpa tu bolehlah jumpa balik smula memperbaharui hubungan .. Kita semua memperkuatkan lagi siratul rahim, ukhwah dan muhabbah sesama sendiri ....