Author Topic: Anggota Trafik Kritikal Dibelasah Mat Rempit!  (Read 712 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline KAKIGOLF

  • ADMINISTRATOR
  • Sr. Member
  • *********
  • Posts: 207
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
    • kakiGOLF.com
  • Handicap: 3
Anggota Trafik Kritikal Dibelasah Mat Rempit!
« on: June 05, 2012, 05:52:40 PM »


‘Cari sampai lubang cacing’

KLANG: “Saya yakin suspek akan ditahan. Klang bukan besar sangat. Diharapkan dia insaf dan menyerah diri kepada polis,” kata Mohd Hafiz, 21, anak sulung Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang koma akibat dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit, kelmarin.

Mustaghni, anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dilibas dengan topi keledar di belakang kepalanya oleh Mat Rempit ketika operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda, di sini, jam 1.45 pagi kelmarin.

Mohd Hafiz yang ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, di sini, semalam berkata, doktor memaklumkan ayahnya masih kritikal dan memerlukan bantuan mesin hayat.

“Doktor memberitahu ayah diberi perhatian rapi berikutan kurang tindak balas termasuk jantung, organ perkumuhan dan pengaliran darah.

“Perbuatan suspek sangat kejam. Apapun kami sekeluarga berharap ayah kuat dan sembuh,” katanya yang juga juruteknik bunyi di sebuah syarikat di Petaling Jaya.

“Mengapa mereka tergamak buat ayah seperti ini? Mereka pukul kepala ayah…mungkin guna fork lock (pengunci motosikal).

“Ayah tidak sedarkan diri. Bernafas pun guna mesin. Ini semua sebab kesan pukulan kuat di kepalanya,” katanya, semalam.

Menceritakan kejadian itu, awalnya, ibu, Norizan Shahidin, 53, enggan menceritakan berita malang itu kepadanya.

Mungkin tidak mahu hatinya risau, namun adiknya, Khairunnissa, 20, menelefonnya dan memaklumkan ayahnya tenat.

“Selepas lima jam baru saya tahu berita ini. Ketika itu ayah sedang nazak, otaknya mengecut dan perlu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh. Kuasa Allah, ayah kembali stabil,” katanya.

Ibunya, tidak henti-henti mengalirkan air mata. Sambil beberapa bacaan surah diperdengarkan kepada ayahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi berkata, gerakan memburu dua lelaki tersebut sedang dijalankan
« Last Edit: June 05, 2012, 06:01:21 PM by KAKIGOLF »

Online mrfeelgood

  • ADMINISTRATOR
  • Founder
  • *********
  • Posts: 9710
  • Cookie Points +1/-0
  • Gender: Male
  • ITS NOT HOW YOU DRIVE, ITS HOW YOU ARRIVE!!!
    • KakiGolf
  • Club: Kelab KakiGolf
  • Handicap: 17
Re: Anggota Trafik Kritikal Dibelasah Mat Rempit!
« Reply #1 on: June 08, 2012, 08:53:08 PM »
Al Fatihah!!

Salam takziah kpd keluarga Koperal Mustaghni Tabri yg telah pulang ke rahmatullah .... Semoga Allah swt mencurah rahmatNya ke atas roh arwah... Innalillahiwainnaillahirajiun ...