Author Topic: Real Madrid Hapus Logo Salib!  (Read 861 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline KAKIGOLF

  • ADMINISTRATOR
  • Sr. Member
  • *********
  • Posts: 207
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
    • kakiGOLF.com
  • Handicap: 3
Real Madrid Hapus Logo Salib!
« on: June 02, 2012, 11:45:07 PM »
Hapus Logo Salib, Real Madrid Dapat Izin Bangun Resort dan Kompleks Sukan Bernilai USD1 Billion di Timur Tengah.



MADRID – Setelah mengumumkan secara rasmi berkenaan penghapusan tanda salib pada logo kelab, Real Madrid telah mendapat keuntungan dari segi kewangan.

Penghapusan logo salib itu adalah bertujuan untuk menghargai dan mendekatkan lagi peminat yang beragama Islam di sekitar Timur Tengah.

Pihak Real Madrid mengatakan bahawa keputusan itu adalah langkah untuk mengembangkan perniagaan secara global.

Namun, ada pengkritik yang mengatakan bahawa tindakan itu adalah sebahagian dari budaya Eropah.

Langkah Madrid dalam menangani isu ini telah membuatkan mereka menerima beberapa projek besar dari Timur Tengah.

Mereka telah diberi kebenaran untuk membina sebuah pusat peranginan sukan di sebuah negara di timur Tengah dengan nilai US$1 billion.

Projek ini melibatkan kawasan seluas 50 hektar dan dijadualkan pusat peranginan ini akan dibuka pada umum.

Pusat peranginan ini akan mencakupi sebuah hotel yang memuatkan 450 bilik mewah, villa, pelabuhan olahraga dan buat pertama kalinya padang bola sepak dibina di atas permukaan laut.

Selain itu, kelab tersebut turut menyatakan projek ini merupakan sebahagian dari strategi untuk meningkatkan kekuatan kelab di Timur Tengah dan Asia.
« Last Edit: June 03, 2012, 10:30:55 AM by mrfeelgood »

Offline Alke

  • Verified Member
  • Full Member
  • ****
  • Posts: 112
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • mana bola aku ni!!
  • Club: Kelab Golf Danau
  • Handicap: 18
Re: Real Madrid Hapus Logo Salib!
« Reply #1 on: June 04, 2012, 09:04:16 AM »
wow! saya peminat royal madrid dari zaman hugo sanchez pun tak perasan benda salib ni.kena cek balik jersey.
Golf is an addiction