Saya dengan ini mengaku saya la yang paling ayam pada hari kejadian dengan skor 126 dan membawa pulang seekor bapa ayam brand Daphne buat kenang kenangan. Memang benar seperti kata Ateh yang kereta saya telah rosak dalam perjalanan ke Monterez di tengah2 highway NKVE berdekatan susur keluar Damansara/PJ. Abang Hassan STP kita telah membantu mendapatkan tow truck yang bertanggungjawab membawa saya dan kereta saya yang rosak ke Monterez dan membolehkan saya tee-off on time dan dapat mengurangkan statistik kehancingan. Walaubagaimanapun, sukacita dimaklumkan setelah menggoyang2 kan sensor gear box beberapa kali, enjin tersebut berjaya dihidupkan dan malam tersebut saya berjaya pulang ke Ampang dengan selamat. Esok saya kena apply cuti untuk menghantar kereta ke worksyop bagi mengelakkan kejadian yang sama dari berulang. Terima kasih kepada flight mates saya Erizz, Stiff dan Ary yang banyak bersabar dengan game saya yang hancur kerana jiwa kacau memikirkan kos nak repair kereta tersebut. Tahniah juga kepada pihak penganjur kerana telah berjaya dalam penganjuran dengan cemerlang. Demikian saja laporan saya. InsyaAllah jumpa lagi di challenge akan datang.