Saya dengan ini mengaku saya la yang paling ayam pada hari kejadian dengan skor 126 dan membawa pulang seekor bapa ayam brand Daphne buat kenang kenangan. Memang benar seperti kata Ateh yang kereta saya telah rosak dalam perjalanan ke Monterez di tengah2 highway NKVE berdekatan susur keluar Damansara/PJ. Abang Hassan STP kita telah membantu mendapatkan tow truck yang bertanggungjawab membawa saya dan kereta saya yang rosak ke Monterez dan membolehkan saya tee-off on time dan dapat mengurangkan statistik kehancingan. Walaubagaimanapun, sukacita dimaklumkan setelah menggoyang2 kan sensor gear box beberapa kali, enjin tersebut berjaya dihidupkan dan malam tersebut saya berjaya pulang ke Ampang dengan selamat. Esok saya kena apply cuti untuk menghantar kereta ke worksyop bagi mengelakkan kejadian yang sama dari berulang. Terima kasih kepada flight mates saya Erizz, Stiff dan Ary yang banyak bersabar dengan game saya yang hancur kerana jiwa kacau memikirkan kos nak repair kereta tersebut. Tahniah juga kepada pihak penganjur kerana telah berjaya dalam penganjuran dengan cemerlang. Demikian saja laporan saya. InsyaAllah jumpa lagi di challenge akan datang.
Azmeer.....sebagai salah sorang otai dlm dunia golf ni, saya xpernah nampak sportingmanship (ada ke term ni?) yg kamu tunjukkan semasa melangkah dan naik kepentas dengan semangat gentleman yg tinggi,..memang saya tabikk.........sbb selalunya bila sesape yg dapat wooden spoonist ni dia akan rasa rendah diri dan malu2 naik ke pentas maklumlah xpandai,...tapi kamu tidak, bagi saya kamu lebih hebat dari yg menang dalam memeriahkan acara,..syabas...........woowwwww

....free lesson kalu kesempatan bertemu saya..............
Sikap sebegini lah yg harus dicontohi dan diteladani .... Walaupun keta breakdown masih lagi sanggup cuba utk hadirkan diri ... Begitu juga bro Hassanb .... Sanggup juga bantu rakan se komuniti, sekurang kurangnya, kurang skit fusing dan fening bro Azmeer kita .... Peristiwa sebeginilah yg terus membakarkan semangat dlm diri saya utk terus mengadakan dan menganjurkan aktiviti2 utk warga KakiGolf ...
Syabas dan tahniah bro Azmeer ... Semangat ukhwah dan kesukanan saudara mmg patut kita banggakan .... Kalau ada free, turunlah Monty, saya blanja golf seround kat sini .... Saya try dptkan Irwan skali dlm flight ataupun memana pro kat Monty, boleh derang tunjuk ajar skit, itupun sekiranya saudara sudi!