Author Topic: STD part 1 Dapatkan Torque (PICK UP) untuk kereta Anda  (Read 17170 times)

0 Members and 3 Guests are viewing this topic.

Offline hassanb

  • Mercedes & BMW boleh kasi repair murah2
  • Verified Member
  • Jr. Member
  • ****
  • Posts: 72
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • STP (Standard Tapi Power)
  • Club: KELAB GOLF RAHMAN PUTRA DAN KELAB GOLF MONTEREZ
  • Handicap: 19
Re: STD part 1 Dapatkan Torque (PICK UP) untuk kereta Anda
« Reply #30 on: January 14, 2012, 01:37:10 AM »
salam pak, Ini harga untuk kereta proton,

kalau Mercedes E class, Resonator belakang sahaja RM 7500.00 (standard original), catalytic convertor original Rm 4000.00

Kalau nak sports dari header, sports catalytic convertor, resonator dan muffler termasuk stainless steel pipe, harga
diantara Rm 35,000.00 - 45,000.00.

Offline nokia737

  • Verified Member
  • Hero Member
  • ****
  • Posts: 859
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • hepy - hepy main jer...
  • Handicap: 14
Re: STD part 1 Dapatkan Torque (PICK UP) untuk kereta Anda
« Reply #31 on: January 14, 2012, 01:55:27 AM »
salam pak, Ini harga untuk kereta proton,

kalau Mercedes E class, Resonator belakang sahaja RM 7500.00 (standard original), catalytic convertor original Rm 4000.00

Kalau nak sports dari header, sports catalytic convertor, resonator dan muffler termasuk stainless steel pipe, harga
diantara Rm 35,000.00 - 45,000.00.

haiiyaaa, manyak beza di punya harga, bak hc 9 ( pakngah ) dgn hc 22 ( abgbongsu )  :-\ :-\ :-\
USGA 13.4 (index)
White T-Box  ;)

Offline hassanb

  • Mercedes & BMW boleh kasi repair murah2
  • Verified Member
  • Jr. Member
  • ****
  • Posts: 72
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • STP (Standard Tapi Power)
  • Club: KELAB GOLF RAHMAN PUTRA DAN KELAB GOLF MONTEREZ
  • Handicap: 19
Re: STD part 1 Dapatkan Torque (PICK UP) untuk kereta Anda
« Reply #32 on: January 15, 2012, 12:06:21 AM »
Iya pak nokia, handicapnya kayak handicap single sama 24. Contohnya front brake pad wira 1.3 RM 40.00 original, bmw 250.00, mercedes 250.00.

tapi kalau bapak mau pakei mobil continental merce atau BMW, saya bisa jadi advisornya, bmw (bayak makan wang atau banyak masuk worksyop) spareparts dan labour costnya agak berpatutan.

Online mrfeelgood

  • ADMINISTRATOR
  • Founder
  • *********
  • Posts: 9679
  • Cookie Points +1/-0
  • Gender: Male
  • ITS NOT HOW YOU DRIVE, ITS HOW YOU ARRIVE!!!
    • KakiGolf
  • Club: Kelab KakiGolf
  • Handicap: 17
Re: STD part 1 Dapatkan Torque (PICK UP) untuk kereta Anda
« Reply #33 on: January 17, 2012, 11:15:22 PM »
Iya pak nokia, handicapnya kayak handicap single sama 24. Contohnya front brake pad wira 1.3 RM 40.00 original, bmw 250.00, mercedes 250.00.

tapi kalau bapak mau pakei mobil continental merce atau BMW, saya bisa jadi advisornya, bmw (bayak makan wang atau banyak masuk worksyop) spareparts dan labour costnya agak berpatutan.

Bozzz! Maw tanya skit ... Yg org kata keta tu power, ape sebenarnya maksud "power" tu? Apa yg dimaksudkan "horse power" dan apa yg dimaksudkan dgn "torque" .... Org kata keta turbo power, tapi ada yg kata keta turbo ..pickup je power, tapi takly nak sustain power tu sbb dia artificially induced power ... ada kata pulak yg keta cc besar2 ni semua harapkan enjin je besau, pick up tarak ...

Saya yg kurang arif tersangatlah konpius .. Harap dpt beri sedikit penerangan perihal bab ini... TQ!     

Offline hassanb

  • Mercedes & BMW boleh kasi repair murah2
  • Verified Member
  • Jr. Member
  • ****
  • Posts: 72
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • STP (Standard Tapi Power)
  • Club: KELAB GOLF RAHMAN PUTRA DAN KELAB GOLF MONTEREZ
  • Handicap: 19
Re: STD part 1 Dapatkan Torque (PICK UP) untuk kereta Anda
« Reply #34 on: January 18, 2012, 10:55:37 PM »
Salam Bapak,

Bila orang kata kereta tu power, maksudnya pandangan masyarakat bila melihat sebuah kereta berdesup kat traffic light atau di simpang jalan , atau pada masa kita memandu 160km/h di lebuhraya , kereta tu memotong bersahaja macam kita parking kat tepi jalan. Contohnya bapak memandu alfa 3.0 litre V6, 250HP, tiba-tiba wira aeroback 1.3 memotong macam bapak parking kat tepi jalan. Bapak mesti kata, "POWERRR" wira tu.

HORSE POWER, adalah kuasa kuda untuk menggerakkan kereta kita. Contohnya, kalau kereta bapak, 250 HP, maksudnya, semasa memandu, kereta bapak di gerakkan dgn kuasa 250 ekor kuda. Itu sebab, kereta bapak enginnya tidak stress dan easy pada kelajuan 160km/j. cuba kalau wira 1.3, 90hp, letih kuda 90 ekor tu nak maintain 160km/j tergeliat sendi-sendinya.

TORQUE, pada bahasa melayu adalah daya kilasan. Daya kilasan adalah daya untuk menggerakkan sesuatu kenderaan dari keadaan statik. Contohnya lori, dengan chasis dan muatan yang berat, memerlukan torqe yang tinggi untuk menggerakkannya. Itu sebab gearbox dia besar dan kebanyakkan lori ber engine diesal, sebab engine diesel memang mempunyai daya kilasan yang tinggi dan di aplikasikan dengan susunan gear di kotak engine nya.

Jika kereta yang mempunyai TORQUE yang tinggi, pasti pecutannya amat pantas sekali. Ini juga dipengaruhi dengan berat kenderaan dan kotak gear sesuatu kenderaan itu. Contohnya, lori, TORQUE tinggi dan berat, pick up lambat, TORQUE di sini di gunakan untuk menggerakkan lori yang berat.  Tetapi, kereta pula, TORQUE tinggi, berat yang rendah, kereta akan memecut pantas dari keadaan statik. Berat di sini mempengaruhi TORQUE.

Jadi, kereta turbo mempunyai torque yang tinggi, contohnya evo 7,8,9,10,  280 Hp, torque 330 Nm. Kereta turbo akan pick up dengan cepat dari statik, dan bila sudah bergerak kuasa kuda mengambil tugas menggerakkan kereta ini. Itu sebab kereta evo pick up dan di bergerak laju.

Kereta turbo "pick up sangat cepat", kerana torque dia tinggi. Tetapi engine turbo ini di kenali dengan "force induction" angin yang di paksa masuk ke kebuk pembakaran melalui sistem  dan jumlah pancitan petrol melalui injector yang di padankan rationya, maka terjadinya letupan yang besar dan menghasil kuasa dan suhu yang tinggi kepada engine. Itu sebab ia perlukan intercooler, untuk menyejukkan angin masuk ke kebuk pembakaran. Bila suhu tinggi, berlakulah friction keatas komponen2 engine, dan kerana itulah engine turbo tidak dapat bertahan lama untuk kelajuan tinggi. [engine turbo teknologi lama]

Tetapi, dengan kemajuan teknologi baru, seperti teknologi direct injection, dan teknologi material terkini ke atas komponen engine, engine turbo terkini lebih menjimatkan petrol dan dapat bertahan untuk kelajuan tinggi. Contoh engine2 turbo terkini ada engine Golf GTI, engine bmw 2.0 turbo terbaru, 2.0 litre, 245 HP dan hanya memerlukan  petrol 6.8l/100km.

Kereta CC besar, orang kata tak power. Yang paling penting spesifikasinya,  HP dan TORQUE nya, dan berat kereta itu. Contoh 1: Mercedes E350, 3.5l V6, 272HP, torque 300Nm. Berat 1830Kg. 0-100 7.3 second, Contoh 2: Alfa 3.0l V6, 300Hp, 330Nm, berat 1600kg, 0-100 5.6 seconds.

Power kereta adalah tertakluk kepada spesifikasinya, bukan kepada besarnya CC nya.

Kesimpulannya, sebenarnya pick up kereta ini adalah bergantung kepada spesifikasi kereta tersebut.

Sekian

Offline shah7710

  • Verified Member
  • Hero Member
  • ****
  • Posts: 643
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • Club: Kelabu Malami
  • Handicap: 24
Re: STD part 1 Dapatkan Torque (PICK UP) untuk kereta Anda
« Reply #35 on: January 19, 2012, 10:00:03 AM »
i like!
Bila la nak bagus nie..

Online mrfeelgood

  • ADMINISTRATOR
  • Founder
  • *********
  • Posts: 9679
  • Cookie Points +1/-0
  • Gender: Male
  • ITS NOT HOW YOU DRIVE, ITS HOW YOU ARRIVE!!!
    • KakiGolf
  • Club: Kelab KakiGolf
  • Handicap: 17
Re: STD part 1 Dapatkan Torque (PICK UP) untuk kereta Anda
« Reply #36 on: January 19, 2012, 02:15:05 PM »
Kesimpulannya, sebenarnya pick up kereta ini adalah bergantung kepada spesifikasi kereta tersebut.

Salam sejahtera Pak HassanB!   

Terima kasih atas maklum balas yg sudi tuan sudi berkongsi bersama... Sedikit sebanyak adalah jugak penambahan ilmu di dada saya tentang hal2 yg sedang kita diperbincangkan ini. Begitu detail sekali informasi dan sungguh jelas sekali tamsilan yg di beri.

Namun begitu, saya kurang senang dgn contoh di beri, di mana sebuah kereta Alfa "kena cucuk" dan terus kena "tapau" dgn kereta Proton Wira 1.3 ... yg diibaratkan "macam kereta Alfa tu parking kat tepi jalan, selambe jer kena potong ngn kereta Wira tu!"... 

Mana mungkin pak? Sebuah kereta 1.3 liter  stendet mendet "tapau" sebuah kereta jenama Itali 3.0 liter, yg ramai dikalangan "petrolheads" ibaratkan kereta  itu sebagai "Ferarri 4 pintu"? Bak kata P.Ramlee: .... "Impossible!" .... Melainkan lah ... kereta Wira 1.3 tu nampak jer "Standard" ... tapi "Power" ...

Tapi kalau citer pasal keta Wira 1.3 liter ni ... Pernah saya lihat ngn mata saya sendiri, time saya nak ke Nilai Springs, sebuah keta Wira 1.3 liter stendet mendet men"cucuk" sebuah keta Mercedes C230K kompressor. Power giler Wira tu! Adakah Bapak Hassan kenal sama tuan punya Wira 1.3 ni? Sbb saya maw tabik spring sama ini tuan punya keta lah ...

Menurut firasat bapak ... Bapak rasa apa "pengubahsuaian" yg telah tuanpunya Wira 1.3 tu buat pada keta dia?

Sekian .. TQ!   

Offline abangbongsu

  • Verified Member
  • Super Member
  • ****
  • Posts: 1633
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • ...jangan pukul kuat, ...pukul jauh je !!....
  • Club: Kunta Kinte GCC
  • Handicap: 6
Re: STD part 1 Dapatkan Torque (PICK UP) untuk kereta Anda
« Reply #37 on: January 19, 2012, 05:50:29 PM »
..........bapak hassan,....bolih adakan kelas tuisyen ni ............i like....
tips for putting: kuat sikit, tapi jangan laju

Offline hassanb

  • Mercedes & BMW boleh kasi repair murah2
  • Verified Member
  • Jr. Member
  • ****
  • Posts: 72
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • STP (Standard Tapi Power)
  • Club: KELAB GOLF RAHMAN PUTRA DAN KELAB GOLF MONTEREZ
  • Handicap: 19
Re: STD part 1 Dapatkan Torque (PICK UP) untuk kereta Anda
« Reply #38 on: January 19, 2012, 08:32:34 PM »
Salam pak presiden kakigolf dan abang bongsu,

kisah kereta alfa 3.0l v6, 250 hp kena tapau dengan wira 1.3 ini nampak macam tak logik, tapi untuk pengetahuan,
engine 1.3 kita boleh di tune sehingga 1000HP, kalau kena gayanya. Jadi tidak mustahil jika engine 1.3 kita boleh tune sehingga
250HP.

Tapi semua ini melibatkan kos yang tinggi dan mesti mengikut garis panduan kejuruteraan. Keselamatan harus di utamakan,
kerana chassis wira 1.3 tidak boleh menampung kuasa kuda setinggi 250 hp. Jika mahu ke arah itu, pengukuhan chassis termasuk
menambahkan spot welding secara double stitch dan chassis balancing harus di lakukan terlebih dahulu.

Cerita kereta wira 1.3 cucuk mercedes C230K ni sebenarnya tidak  mustahil kerana berat wira 1.3 hanya 1250kg, berbanding c230K sekitar 1500kg. Sebenarnya kereta wira handicap 250kg.

C230K Hp sekitar 205Hp dan jika wira 1.3 180HP, disini pada wira 1250kg di gerakkan dgn 180 Hp, jadi 1HP menarik beban 6.94kg, kereta mercedes, 1500kg digerakkan dgn 205 hp, jadi 1 hp menarik beban 7.31 kg.

Ini tidak termasuk beban di dalam kereta, katakan 3 beg golf =150kg, dan 3 orang di dalam kereta = 180 kg, jadi jumlah beban C230K adalah
1830kg, jadi 1 hp C 230K menarik beban 8.9kg.

kesimpulannya, 1hp wira hanya menarik beban 7.31kg berbanding C230K 1Hp menarik 8.9kg beban. Jadi cerita wira boleh cucuk mercedes ini adalah logik kerana faktor berat memainkan peranan dan ia tidak mustahil sama sekali.

Saya tak kenal pemandu tu pak, kerana ramai sangat yang memandu wira 1.3.

Mengikut firasat saya, wira ini telah menjalani pengubahsuaian dalaman yakni pengukuhan engine serta peningkatan cc melalui penggunaan
stroker kit. Ini juga melibatkan proses crankshaft lightening and balancing termasuk pengurangan beban flywheel. Pengukuhan engine melibatkan penukaran piston, piston ring, conrod berkualiti tinggi.

Kereta ini juga telah melakukan ported and polish dan melakukan remapping pada ECUnya. Saya juga syak mungkin kereta ini telah menukarkan camshaft 315 degree serta lighten rocker arm.

Jika di lakukakan semua ini, adalah tidak mustahil, torque serta kuasa kuda wira ini meningkat sehingga 30-40%

Sekian

Online mrfeelgood

  • ADMINISTRATOR
  • Founder
  • *********
  • Posts: 9679
  • Cookie Points +1/-0
  • Gender: Male
  • ITS NOT HOW YOU DRIVE, ITS HOW YOU ARRIVE!!!
    • KakiGolf
  • Club: Kelab KakiGolf
  • Handicap: 17
Re: STD part 1 Dapatkan Torque (PICK UP) untuk kereta Anda
« Reply #39 on: January 20, 2012, 12:02:15 AM »

Salam Pak Hassan,

Satu penerangan yg begitu jelas skali .. Terima kasih! Dan skali lagi ilmu saya berkenaan perkara sedemikian rupa kian lama kian bertambah.   

Agak2 brapa anggaran kos utk meningkatkan kuasa kuda wira itu mendadak naik sampai 30-40%?

Offline abangbongsu

  • Verified Member
  • Super Member
  • ****
  • Posts: 1633
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • ...jangan pukul kuat, ...pukul jauh je !!....
  • Club: Kunta Kinte GCC
  • Handicap: 6
Re: STD part 1 Dapatkan Torque (PICK UP) untuk kereta Anda
« Reply #40 on: January 20, 2012, 12:34:03 AM »
......bapak hassan,.......adakan kelas tuisyen gitu, biar mr mfg duduk sebelah saya barisan hadapan.......
tips for putting: kuat sikit, tapi jangan laju

Offline hassanb

  • Mercedes & BMW boleh kasi repair murah2
  • Verified Member
  • Jr. Member
  • ****
  • Posts: 72
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • STP (Standard Tapi Power)
  • Club: KELAB GOLF RAHMAN PUTRA DAN KELAB GOLF MONTEREZ
  • Handicap: 19
Re: STD part 1 Dapatkan Torque (PICK UP) untuk kereta Anda
« Reply #41 on: January 20, 2012, 02:43:10 PM »
salam abang bongsu,

insya allah boleh tu.

Offline azmeer

  • Verified Member
  • Newbie
  • ****
  • Posts: 30
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • Saya budak baru belajar... : )
  • Club: None
  • Handicap: 24
Re: STD part 1 Dapatkan Torque (PICK UP) untuk kereta Anda
« Reply #42 on: January 20, 2012, 04:28:06 PM »
Salam Pak Hassan. Tumpang nyelit sikit. Saya drive Ford Escape 2.0 tahun 2002. Sejak tgh tahun lepas, enjinnya semput2 waktu memandu dan lebih teruk bila waktu tgh idle. Kalau on aircon makin teruk semputnya dan hilang power pick up. Saya suspek mass airflow sensor (MAF) dan Idle Air Control (IAC) valve yg tak berfungsi sampai jadi gitu. Tapi dah tukar IAC valve dan servis MAF sensor masih tak hilang semputnya, kurang sikit aje adalah. Ada tak kemungkinan masalah ini disebabkan oleh masalah sistem ekzos atau catalytic convertor sampai semput gitu? Saya risau ia akan memberikan kesan negatif pada gearbox. Terima kasih Pak Hassan  ;D

Online mrfeelgood

  • ADMINISTRATOR
  • Founder
  • *********
  • Posts: 9679
  • Cookie Points +1/-0
  • Gender: Male
  • ITS NOT HOW YOU DRIVE, ITS HOW YOU ARRIVE!!!
    • KakiGolf
  • Club: Kelab KakiGolf
  • Handicap: 17
Re: STD part 1 Dapatkan Torque (PICK UP) untuk kereta Anda
« Reply #43 on: January 20, 2012, 07:17:50 PM »

Salam Pak Hassan. Tumpang nyelit sikit. Saya drive Ford Escape 2.0 tahun 2002. Sejak tgh tahun lepas, enjinnya semput2 waktu memandu dan lebih teruk bila waktu tgh idle. Kalau on aircon makin teruk semputnya dan hilang power pick up. Saya suspek mass airflow sensor (MAF) dan Idle Air Control (IAC) valve yg tak berfungsi sampai jadi gitu. Tapi dah tukar IAC valve dan servis MAF sensor masih tak hilang semputnya, kurang sikit aje adalah. Ada tak kemungkinan masalah ini disebabkan oleh masalah sistem ekzos atau catalytic convertor sampai semput gitu? Saya risau ia akan memberikan kesan negatif pada gearbox. Terima kasih Pak Hassan  ;D

Dokter Hassan ... sila diagnose!!! Hehehe!!

Offline hassanb

  • Mercedes & BMW boleh kasi repair murah2
  • Verified Member
  • Jr. Member
  • ****
  • Posts: 72
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • STP (Standard Tapi Power)
  • Club: KELAB GOLF RAHMAN PUTRA DAN KELAB GOLF MONTEREZ
  • Handicap: 19
Re: STD part 1 Dapatkan Torque (PICK UP) untuk kereta Anda
« Reply #44 on: January 20, 2012, 07:30:33 PM »
salam pak,

Simpton yang sama telah berlaku kepada saya, Tukar Mass Air Flow Sensor.

ICV - atau idle control valve ni susah nak rosak, sepatutnya tidak payah di tukar, beli STP carb Spray cleaner
spray sekali biarkan 5 minit, dan spray kembali untuk bersihkan.

Cuba tukar spark plug yang baru, atau cuba periksa ada tidak kebocoran pada wire plug.

Mass Air Flow sensor jika di service memang tidak akan perform seperti yang baru. Hayatnya adalah dalam 90,000km sahaja.
Saya syorkan, tuan tukar MAF sensor yang di syorkan FORD atau dapatkan OEM brand.

Cuba lihat apa brandnya, Bosch atau Siemens. Nanti saya kan advicekan mana nak beli.

Saya boleh tolong pasangkan atau tuan pasang sendiri hanya ambil masa 15 minit.

Sekian