Author Topic: ‘Pemain golf’ pecah laci  (Read 977 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline shah7710

  • Verified Member
  • Hero Member
  • ****
  • Posts: 643
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • Club: Kelabu Malami
  • Handicap: 24
‘Pemain golf’ pecah laci
« on: November 01, 2011, 03:27:44 PM »
Sumber: Harian Metro 1/11/2011

      RAWANG: Seorang lelaki dengan lagak seperti pemain golf sambil berkeliaran di bilik persalinan sebuah kelab golf di sini adalah pencuri yang memecahkan laci simpanan sebelum melarikan barang berharga milik pemain golf lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, seorang pengunjung kelab berkenaan kerugian hampir RM3,000 apabila beg pinggang yang disimpan dalam laci bilik persalinan itu lesap ketika mangsa mandi.


Badrila Jamlus, 38, berkata dia terkejut apabila mendapati laci tempatnya menyimpan beg pinggangnya dipecahkan manakala begnya itu ditemui di bawah kerusi bilik persalinan berkenaan.


“Selesai bermain golf, saya ke bilik persalinan untuk mandi dan menyimpan dompet serta telefon bimbit dalam beg pinggang sebelum menguncinya dalam laci.


“Pencuri terbabit mengambil dompet dan telefon bimbit saya. Menyedari kehilangan itu, saya melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak pengurusan dan hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan gelagat seorang lelaki yang mundar-mandir dalam bilik persalinan sambil berpura-pura sedang bercakap di telefon bimbit,” katanya di sini, semalam.

insiden berlaku di tasik puteri ke?
Bila la nak bagus nie..

Offline FiVe

  • Verified Member
  • Super Member
  • ****
  • Posts: 2763
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • Hole In One..woohooo
  • Club: huru hara golf club
  • Handicap: 18
Re: ‘Pemain golf’ pecah laci
« Reply #1 on: November 01, 2011, 08:09:05 PM »
Dlm newspaper siap ada gambo mamat tu..kt rawang tasik puteri ja..kemungkinan besau kot rawang

Offline abangbongsu

  • Verified Member
  • Super Member
  • ****
  • Posts: 1633
  • Cookie Points +0/-0
  • Gender: Male
  • ...jangan pukul kuat, ...pukul jauh je !!....
  • Club: Kunta Kinte GCC
  • Handicap: 6
Re: ‘Pemain golf’ pecah laci
« Reply #2 on: November 01, 2011, 08:19:42 PM »
...mamat tu x hebat...............di bukit jawi mangkok tu pecah locker bawa lari x5..............
tips for putting: kuat sikit, tapi jangan laju