Salam buat semua yg berhasrat utk menyertai acara Blue.Sky Golf Challenge Ahad ini tetapi belum lagi mendaftarkan nama anda.
Sekiranya ada, di harap anda dpt daftarkan penyertaan anda secepat mungkin agar dapat memudahkan kerja pihak kami sebagai organiser, diantara lain:
1) Kami sebenarnya perlu menentukan jumlah dan saiz baju para peserta seminggu sebelum tarikh tournament. Dikhuatiri yg daftar lewat nanti tidak akan dapat saiz baju yg diminta.
2) Menentukan jumlah sebenar "goody bags" utk acara ini.
3) Bilangan peserta yg sebenar utk penyediaan "refreshments", sarapan pagi, dan makan tengah hari.
4) Senarai nama dan "flight list" harus dimaklumkan kpd pihak golf club selewat2nya pada pagi Jumaat.
Harap maklum.
Kerjasama dan timbang rasa anda semua amat kami hargai.