Hi all the kakigolf buaya,
I'm no pro nor a buaya. this tips are from my experience.Just want to share.
Dulu aku menghadapi masalah slice bila guna driver atau wood atau long iron. kalau short iron lak mesti tarikkkkkkk. ada buku tips golf, beli, try, camtu jugak.cd,dvd, majalah golf berlambak dah kat umah.tapi tips yang diberi ,try tak juge sembuh2 masalah aku.
Dua bulan dulu aku bertemu sesuatu secara tak sengaja....
Awek yang aku terjumpa kat driving range setapak tu memang cun... eh! bukan yang tu aku terjumpa.
Aku menemui cara nak tambah 20 yards or lebih guna driver. seronok bang oiiii rasanya. dulu aku mesti orang pertama pukul bola dari fairway sekarang jadi orang ketiga atau keempat. Dah boleh potong drive orang lain. fuh nekmatttt...
bestnya pulak aku tak perlu ubah swing lansung.
ok la panjang pulak aku merapu2... caranya macam ni:
1. mula2 relakskan grip, pegang lembut, macam rasa nak terlepas
2. badan relaks, bahu relaks, jangan ada stress kat mana2 part pun
3. ok start backswing, lembutkan badan sepanjang masa backswing, dulu aku hanya dapat buat half swing, sekarang aku dapat buat full swing. dulu aku sibuk nak transfer weight ke kanan, sekarang ni sebab lembutkan badan weight pergi sendiri ke kiri masa backswing, macam auto gear pulak.
4. bila dah sampai kat top backswing, ingat badan still relaks no stress at all.
5. Sekarang mulakan downswing dengan tolak body weight ke kiri (right handed). rasa berat tu pergi ke pinggul kiri. tolak weight tu really hard. tangan jangan menyibuk nak pukul bola. tolak dulu berat badan tu dan tangan akan automaik turun dan masuk ke slot iaitu tak terkembang atau jauh dari badan.
6. bila berat dah ke kiri, tangan dah mula turun, BLAST HARD dengan tangan kanan dan habiskan swing.
7. awas!kalau terundur ke belakang bila lepas pukul bola, maknanya berat badan tertinggal di kaki kanan, hello slice. cuba lagi supaya berat kekal di kaki kiri.
8. sekarang ball flight aku dan mendraw.
9. once dah tolak berat badan ke kiri, blast je dgn tangan kanan, tak yah pikir2 dah.
Cubalah. mungkin sesuai untuk bakal buaya2 kat sini. So secretnya: Relaks dari backswing hingga top of backswing, downswing mula dgn berat badan pindah ke kiri dan BLAST HARD dgn tangan kanan, habis kan swing.
Goodluck.