Salam buat semua peserta G2G yg ke 15 ini!
Sepertimana yang anda semua sedia maklum (dan buat pengetahuan yg akan menyertai G2G buat pertama kalinya), acara G2G KakiGolf merupakan aktiviti KakiGolf yang matlamat utamanya adalah untuk merapatkan lagi siratulrahim serta mengakrabkan hubungan dikalangan ahli KakiGolf.
Disebabkan matlamat ini, G2G kita ini anjurkan tanpa sebarang unsur keuntungan (tapi kengkadang pihak organiser kena tampung rugi gak sbb sering kali ditimpa virus bersin

) ... Bermakna, apa jua bayaran yg dikenakan oleh pihak kelab, bayaran itu jugalah yg dikenakan keatas peserta G2G.
Di sini saya ingin menyarankan seandainya ada dikalangan ahli2 kita yg sudi berganding bahu menyumbang apa jua jenis hadiah maupun tenaga utk acara G2G ini, amatlah sekali kami akan menerimanya dengan hati terbuka dan senyuman lebar.
Di antara lain, disebabkan photographer kita kali ini terpaksa beristirehat kerana menjalani pembedahan lutut baru2 ini, saya syorkan agar kita, sekiranya boleh, mengambil foto di flight masing2. Dapatlah kita "capture the magic moments" waktu G2G ni nanti utk dikongsi buat tatapan semua.
Saya juga ingin mencadangkan utk pertama kalinya, kita adakan "Order of Merit" seperti di bawah ini.
Pengumpul mata yg terbanyak akan dinobatkan sebagai "Champion of Champions" disatu acara asingan di penghujung tahun utk mengakhiri series G2G kita.
Akhir sekali, saya cadangkan juga, kita adakan "Pool Money" sejumlah RM10 atau RM15 setiap peserta, di mana RM10 yg telah dikumpulkan itu dihadiahkan kpd pemenang2 G2G dan baki RM5 yg dikumpulkan itu dibawa kehadapan utk acara "Champion of Champions" di penghujung tahun.
Apapun jua, ini semua sekadar cadangan sahaja daripada saya!
Chief Khadam,
MFG