sebagai kalam terakhir utk thread ni yg akan ditutup sebaik saja posting di masuk:
dengan niat yg suci murni, sesuci cikgu murni, pakngah nak cerita sikit satu insiden yg berlaku di waktu malam masa game kat bukit kemuning ni. kalau sudi, tersukan baca, kalau tak sudi, banyak lagi posting dan thread lain korang bulih baca. kalau tak pun, baca surat kabar, baca facebook.
selepas buka posa, kami tee off balik. jam 8.15 mlm kot, lebihkurang. hati mcm berdebar2, tak berapa sedap rasa. berat hati nak continue. maklumlah, dulu2 org cakap bt kemuning ni bila malam jer, dia bulih jadi keras. kelab dah kasi tau, dua-tiga lubang lampu tak nyala, rosak. tapi nikki and daddyjoe and MFG beriya-iya sangat nak continue. semangat "alang-alang menyeluk pekasam" la katakan, walaupun Alang tak join.
anyway, kami sambung balik Hole 11. then Hole 12 yg Par 5 tu no lighting, so kami skipped. dekat green ada lampu, nikki ajak saja-saja pukul, from 100 meters. On to Hole 13 Par-3 tu, kami complete.
Sampailah kpd Hole 14, Par4 dogleg right. Lubang ni memang dari dulu lagi agak "menyeramkan". dekat korner ke kanan, gelap. ada banyak pokok. bola jatuh kat situ, kalau waktu malam, usually org tak cari dah. pernah ada sorang kawan, bomba officer, cari bola punya la sakan kat area semak-samun kat situ (masa tu about 11pm), the next day bengkak dia punya you-know-what. berubat sana-sini samoai almost one month. "kena sampuk", katanya.
Nikki drive cantik (mcm selalu), over the trees, left with 80m. Daddyjoe pushed to the right, towards the trees, tempat gelap tu but his ball managed somehow to go thru the trees and over the bunker area. MFG masuk centre of fairways, not long but ok. Me? I had a good drive (not great but so-so good). Bola bergolek sampai hujung straight tu, duduk dekat marker 150. so balance to the green 150 lagi.
dipendekkan cerita, berlakulah perkara seram kat lubang ni, "seram" to my flightmates, not to me. Daddyjoe and MFG 3 on (agaknya lah), Nikki maybe 2 on gak. pakngah korang ni pun 2 on (repeat, "2 on"). maybe 20 kaki from the pin. From that 20-foot distance, I let all my feel transfer to the arms and on to the putter, to the ball. The ball rolled and rolled like forever, curve just a little right to left, and then dropped into the hole.
For a difficult but great birdie!
tu yg cerita seram tu.
selamat berpuasa, dan selamat berbuka puasa (bila tiba waktunya nanti). semoga ada keberkatannya puasa ini bagi kita semua.
salaam.