Salam warga KakiGolf semua,
Saya sahaja baru balik dpd golof di seberang, dan semasa di sana saya telah secara kebetulan dijemput utk menyertai suatu acara golf persahabatan di antara sebuah kumpulan golfer Malaysia dgn golfers Indonesia. Sungguh menarik acara tersebut dan ini telah membuat saya terfikir, kenapa tak kita pun adakan suatu acara yg serupa?
Acara tersebut telah disertai oleh lebih kurang 100 golfers, 50 dpd Msia dan 50 dpd Indonesia dan diadakan 4 kategori ....
(1) Team Match Play
(2) Individual Match Play
(3) Team Total Best Gross Score
(4) Team Total Best Nett Score
Team dpd Malaysia dlm acara tu telah menang 3-1 .... menang Individual Match Play, Team Total Best Gross Score dan Team Total Best Nett Score ... Tapi kita kalah Team Match Play..
Memang best, sbb kita bermain dgn didorong dgn semangat berjuang utk tanah air walaupun ia nya bkn satu acara yg official, dan kita bkn bermain utk dpt hadiah ataupun lucky draw (memang takde pun) ... dan semata-mata utk menjulung Piala Kemenangan...
Saya sungguh tertarik dgn acara ini ... Jadi dengan saya buka thread ini utk mempelawa buah fikiran dan pendapat...
Oleh kerana acara ini akan di adakan di seberang maka peserta yg ingin mengambil bahagian haruslah komitted dan kaki hancing, kencing dan bersin tak digalakkan sama skali utk menyertai acara ini .. :-P
Tarikh dan lapangan tempat berjuang nanti saya akan umumkan setelah dan persetujuan dgn pihak saner... :-)