Ada satu thread kat sini discuss pasal Teluk Intan GC, sama kot? tapi kalau diamond bay GC yang aku tau, boleh lah untuk lepas gian. lagipun kampung opah aku dekat2 situ je.....1st time main tahun 2006. Pak cik aku member kat situ. Time tu diuruskan oleh Majlis Daerah, tak berapa nak kemas, walking course. gian punye pasal, belasah juge. ade 18 lubang, semua tanah mendatar.....bagi aku, long course juge bandingkan dengan Uniten. green masa tu banyak taik cacing la....tapi naseb baik ade lubang untuk putt, belasah juge. Yang menarik course ni, ade par 3 yang macam tournament The Players Championship tu, kena cross tasik untuk sampai green, tak silap dalam 150yard. lupe lak, dia pakai sistem yardage.
Last main tahun 2009, tima tue, menarik pak cik aku, course telah diambil alih oleh syarikat swasta....so masa aku main tu, banyak renovation on the course and on the green. and dah ade option untuk jalan kaki or pakai turfmate. Skang ni aku tak tau la....tapi kalau tengok pada renovation, memang aku nampak cantik la course ni. dan aku berpendapat kalau maintain cantek, memang akan seronok main course ni.