http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dudacaribolagolflemasdalamtasik/Article/index_htmlDuda cari bola golf lemas dalam tasik
Harian Metro, Rabu 15 Disember 2010
MELAKA: Niat murni seorang duda mendapatkan wang tambahan mencari bola golf terpakai bagi membantu bapanya yang menjual barangan itu mengundang padah apabila ditemui lemas dalam tasik di Tiara Melaka Golf & Country Club, Ayer Keroh, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu, mangsa Azrul Jaapar, 25, bersama dua rakannya Izuan Abdul Latif, 19, dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Botak berenang menyeberangi tasik selebar kira-kira 100 meter untuk mengutip bola golf di tepi tebing. Mayat mangsa ditemui anggota dari Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Bukit Katil kira-kira jam 5.50 pagi selepas menerima maklumat kejadian.
Difahamkan, mereka bertiga memasuki kawasan kelab golf berkenaan melalui lubang pada pagar di bahagian belakang kelab yang terlindung dengan kawasan hutan bagi mengelak dikesan sebelum memasuki tasik itu.
--------------------------------
semoga Allah merahmati ruh Azrul, dan semoga keluarga arwah sabar dan tabah.
kepada golfers, ambik tragedi ni sebagai teladan. tidak berlaku sesuatu perkara melainkan taqdir Allah, untuk kita mengambik iktibar darinya.
my advice: bila bola dah masuk tasik, kolam, longkang luas, parit dalam, tak payahlah nak try cari sangat-sangat. ambik penalty satu stroke, senang cerita. flight mates tak susah hati...walaupun partner mungkin naik menyinga. Next hole lah lawan lain!!